Lawatan Kerjasama Penyelidikan ke Fasiliti Penyinaran Getah Asli (RAYMINTEX PLANT), Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Pada 22 April 2022, penyelidik FBKT ChM Ts Dr Nor Hakimin Abdullah telah melakukan lawatan kerja ke RAYMINTEX, Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Dengkil, Selangor. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat potensi kerjasama penyelidikan yang boleh dijalinkan di antara pihak UMK dan ANM. Ketibaan ChM Ts Dr Nor Hakimin Abdullah di RAYMINTEX telah disambut oleh penyelidik ANM iaitu Dr Sofian Ibrahim.

Dr Sofian Ibrahim telah membawa ChM Ts Dr Nor Hakimin Abdullah melawat fasiliti yang ada di RAYMINTEX dan memberi penerangan terperinci berkaitan bidang tujahan dan potensi kerjasama yang boleh dijalankan. Kedua – dua pihak bersetuju untuk melanjutkan peluang kerjasama penyelidikan melalui ceramah industri,, penyeliaan pelajar dan keterlibatan di dalam geran penyelidikan yang bersesuaian.

ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah